BAB
1
Alhamdulillah,
akhirnya termakbul juga segala doa-doa aku untuk sambung belajar di
institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ni,bisik April dalam hati
setelah mendapat tempat di Universiti Sains Malaysia (USM) untuk
menyambung pelajarannya diperingkat Ijazah Sarjana Muda. Padanya,
inilah permulaan untuk dia mengubah nasib diri dan keluarganya
terutama emak dan ayah yang telah berhempas pulas menyediakan segala
keperluan persekolahannya dulu hanya untuk melihat anak dara mereka
ini berjaya di menara gading. Dengan sepantas kilat, April menutup
laptop dan mencari emaknya untuk meraikan kegembiraan ini. Bagi
April,tiada yang lebih bernilai buat dirinya apabila melihat orang
yang disayangi bahagia diatas kejayaan yang telah dicapai.
''April
dah periksa betul-betul barang yang hendak dibawa ke universiti
nanti? Jangan ada yang tertinggal pula. Naya kau nanti'' nasihat emak
yang tidak pernah putus kerana risau jika anaknya susah apabila
telah jauh daripada pandangannya. Bagi makcik Ani,walaupun dia sering
membebel tentang perkara-perkara yang remeh dicuping telinga anak
gadisnya itu,namun dia tetap berpuas hati kerana segala kata-katanya
adalah untuk kebaikan April sendiri. Kadangkala April naik tidak
betah dengan bebelan emaknya tetapi makcik Ani tidak pernah peduli.
''Sudah mak. Semua dokumen dan barang-barang peribadi dah April
sumbat dalam karung besar tu. Tinggal nak gerak ke Pulau Pinang je
sekarang ni,janganlah mak dok kalut lagi'' kata-kata April membuatkan
hati makcik Ani berasap sahaja. ''Kita dikatanya kalut. ''Mak ni
bukan apa,risau kalau-kalau kau tu tak boleh nak uruskan diri sendiri
bila dekat tempat orang nanti. Bila nak urus belajar lagi gastrik kau
lagi. Ingat April,duduk dekat sana jangan sibuk nak buat benda lain.
Belajar betul-betul. Kejar segala impian kau itu agar jadi kenyataan.
Mak ni tak kaya nak siapkan segunung intan permata sekadar mampu
menyediakan keperluan persekolahan kau je. Entahla macam mana rupa
kau bila dah kelam kabut nanti'' ujar makcik Ani dekat puteri
bongsunya itu sambil ketawa. ''Taulah mak April jaga diri bila dah
sampai sana. Inikan tentang masa depan April. April janji tak akan
buat perkara yang tak baik dibelakang keluarga, In Sha Allah. Masakan
April nak musnahkan segala impian April ni mak'' petah anak dara itu
membela diri. Suasana bertukar sayu apabila makcik Ani memeluk puteri
bongsunya sambil menangis. Makcik Ani berfikir macam mana pula
keadaanya dan suami nanti setelah anak daranya ini pergi
menyambungkan pelajarannya di Pulau Pinang yang jauh dari tanah
Melaka itu. Barangkali setiap hari Makcik Ani akan menelefon April
untuk melunaskan rindu dihati. Benar hubungannya dengan anak
bongsunya ini tidaklah seakrab dengan anak-anak yang lain tetapi ibu
yang melahirkan pasti terasa kesannya juga. Emak mana yang tak
sayangkan anak. April juga teresak-esak dengan tindakan drastik
emaknya memeluk dirinya yang berisi itu.
BAB
2
''April
Irdad binti Johar!! Laungan yang kuat itu memecahkan segala lamunan
April apabila pihak pengurusan di kaunter pendaftaran pelajar baru
sesi pertama Ijazah Sarjan Muda Komunikasi itu memanggilnya untuk
mendaftar. Tabiat April yang suka berangan itu adalah perkara yang
paling sukar untuk dibuang. Acap kali juga keluarganya menasihati
agar jangan asyik berangan sahaja. Namun,pada April dengan
beranganlah dia bisa mengecapi kebahagiaan yang sukar untuk menjadi
kenyataan. April bergegas ke kaunter pendaftaran untuk menyelesaikan
segala urusan pendaftaran masuk dengan segera. Tanpa dia sedari,ada
sepasang mata telah memerhatikannya dari jauh. Nik Emir. Siswa
kejuruteraan awam tahun kedua di USM. Seorang anak yang dibesarkan
dengan kemewahan dan memiliki rupa paras yang menawan serta bersikap
prejudis terhadap kaum perempuan. Padanya,semua gadis adalah sama.
Hanya menggilai wang ringgit dan rupa paras yang dimiliki cuma. Emir
antara pelajar-pelajar yang ditugaskan untuk melicinkan proses
kemasukan pelajar tahun satu di USM. Sedari tadi dia begitu ralit
memerhatikan seorang gadis yang mengelamun jauh di depan pandangannya
itu tanpa disedari oleh tuan empunya badan.
Segala
borang telah diisi oleh April. Kunci bilik hostelnya juga telah
diterima setelah diserahkan oleh 'harimau garau' di kaunter
pendaftaran tadi. April menggelar wanita tua itu harimau garau kerana
sikapnya yang begitu garang semasa menguruskan urusan pendaftaran
masuk sebentar tadi. Agak panas jugalah hati April dengan sikap pihak
pengurusan pendaftaran itu.
''Jaga
diri nak. Jaga solat. Belajar betul-betul. Kalau ada apa-apa,telefon
mak, ayah atau adik beradik kau yang ada ni'' ujar Makcik Ani dalam
tangisan apabila memeluk April buat terakhir kali kerana anak itu
bakal berpisah dengannya untuk mencapai cita-cita yang diimpikan.
''April,ingat pesan kaklong. Jangan hancurkan harapan kami semua.
Kami semua nak lihat kau berjaya pulang dengan segulung ijazah.
Jangan segan atau malu nak telefon kaklong kalau kau tak da duit atau
apa sekalipun. Ingat tu!!'' pesan kaklong kepada April. April
menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ayahnya. Tanpa April
sedar, airmata ayahnya begitu deras mengalir kerana anak bongsunya
ini akan berjauhan darinya walaupun hubungan April dengan ayahnya
tidak seperti hubungan April dengan Makcik Ani. Ayah April
menghulurkan beberapa not RM 100 kepada April untuk dibuat belanja
seharian. April juga bersalaman dengan semua adik beradiknya yang
telah menghantarnya ke universiti. Selang beberapa minit April
meluangkan masa bersama keluarganya,mereka pun bergerak pulang ke
Melaka. Dengan pandangan sayu April menghantar keluarga tercinta
tanpa berkedip sesaat pun. Dalam waktu yang sama, sepasang mata itu
juga telah memerhati segala babak yang telah terhidang di hadapan
mata dengan satu niat yang tekad dihati. Emir. Ya,Emir telah memasang
niat untuk menghampiri gadis aneh ini pada fikirannya dengan segala
cara sekalipun. ''I'll get her even in a bad way very soon. Ini Nik
Emir bin Tan Sri Zuffur lah. No one can runs after me'' bisik hati
Emir megah.
BAB
3
''Assalamualaikum.
Boleh saya masuk?'' tanya April sejurus masuk ke dalam bilik hostel
yang bakal diinapi sepanjang satu semester ini. Setiap inci bilik itu
diamati oleh April dengan terperinci sehingga mengundang tanda tanya
Mira terhadap dirinya. Mira merupakan anak kelahiran Kelantan yang
juga salah seorang pelajar USM tahun satu sama seperti April tetapi
Mira adalah pelajar daripada jurusan kejuruteraan awam tidak seperti
April. April mula menyedari bahawa Mira telah lama memerhati dirinya.
Dia tersenyum sumbing melihat ke arah teman sebiliknya itu. ''Hai,
saya Mira. Mira Naina dari Kelantan. Budak kejuruteraan awam. Awak
pulak?'' terang Mira dengan ramah. April mengamati pula rupa Mira
dari satu bahagian ke satu bahagian. April mengkagumi ciptaan Allah
Yang Maha Agung, Mira mempunyai rupa paras yang manis dan menawan.
Anak kelahiran Kelantanlah katakan. ''Saya April Irdad dari Melaka.
Budak comm. Awak dari Kelantan? Wahh jauhnya nak sampai sinikan?
Jenuhnya nak sampai'' ketawa April mengenangkan jauhnya perjalanan
Mira hendak sampai ke Pulau Pinang jika hendak di bandingkan dengan
dirinya hanya dari Melaka.''Saya naik flight je awak. Tak rasa sangat
jauhnya nak ke sini'' terang Mira kepada April. Mereka terus berbual
memperkenalkan diri masing-masing dengan lebih lanjut. April meminta
kebenaran agar dia boleh menggunakan kata ganti nama pertama 'aku'
dan 'engkau' kepada Mira apabila mereka berbual. Padanya,panggilan
sedemikian lebih mesra dan tidak mempunyai apa-apa jurang sebagai
sahabat memandangkan mereka baru lagi kenal dan harus mencipta ruang
mesra bersama. Mira juga bersetuju diatas permintaan April dengan
hati yang terbuka. Ternyata Mira seorang kawan yang berdiplomasi dan
boleh dibawa berunding. Mereka hanya duduk berdua di dalam satu bilik
hostel tersebut dengan dibekalkan segala perabot yang lengkap.
Seminggu
menjalani sesi orientasi memberi kesan yang sangat penat kepada April
dan Mira. Seharian mereka meluangkan masa dengan bermalas-malasan di
dalam bilik sahaja melepaskan penat sepanjang tempoh orientasi
memandangkan hari Sabtu semalam ialah hari terakhir orientasi bagi
semua pelajar tahun satu seperti mereka berdua. Mereka juga tidak
bercadang untuk keluar kemana-mana seperti kawan-kawan seangkatan
mereka yang lain yang tidak lepaskan peluang untuk meronda satu
bandar Georgetown,Pulau Pinang. April hanya berbaring lesu di katil
bujangnya sambil memikirkan 'drama' yang berlaku pada hari Jumaat
lepas semasa mereka mengambil bahagian dalam satu aktiviti sempena
orientasinya kelmarin. ''Kau ni tak boleh buat betul-betul ke
perempuan? Nak suruh menari pun susah bukannya aku suruh kau panjat
pokok kelapa ke apa. Menyusahkan betullah perempuan seorang ni''
sergah Emir kepada April kerana April tidak boleh menari dengan
lembut untuk menjadi wakil kumpulan orientasi mereka. ''Woi bang! kau
dah tak ada bahasa yang lebih baik ke nak guna bila bercakap dengan
orang? Aku tahulah kau senior kita orang tapi beradap la sikit. Ikut
sedap mulut engkau je kan nak bercakap. Kau ingat aku ni dancer Ahmad
Khassan tu ke nak menari pro macam kau nak?'' sergah April membidas
Emir dengan lantang tanpa menghiraukan yang Emir itu adalah
seniornya. Ternyata April betul-betul panas hati dengan sikap biadap
Emir yang langsung tidak reti menjaga air muka orang lain. Emir pula
hanya terdiam kerana terkejut dengan tindak balas April yang tidak
disangka itu. Dalam waktu yang sama, Emir rasa puas kerana segala
yang dirancang kini akan berjalan dengan lebih lancar setelah melihat
reaksi April seperti itu. ''The war is begin'' bisik hati Emir.
''Ohh
mak! Terkejut aku Mira. Apa kau ni. Panggil la elok-elok,nasib aku
tak da sakit jantung,kalau tak jalan weh'' bebel April dekat teman
sebiliknya kerana mengejutkannya dari lamunan yang menyakitkan hati
itu. Silap April juga kerana Mira telah lama memanggilnya dengan baik
sebelum dikejutkan dengan sadis seperti itu. Hanya dia yang terlalu
asyik dengan lamunannya. Apa nak dikata 'puteri berangan' la katakan.
Mira hanya tersengih dengan bebelan April. Dia sudah sedia maklum
yang April memang kuat berangan walaupun mereka baru berjumpa dalam
tempoh seminggu.
Mereka
beriringan jalan turun ke kafe universiti untuk menjamu makan
tengahari. Mira hanya memilih untuk makan nasi goreng dan minum milo
ais manakala April memilih untuk makan bihun goreng dan minum air
mineral sahaja. Mereka berdua memilih meja yang agak jauh daripada
pandangan pelajar-pelajar lain. Kedua-duanya hanya senyap sambil
menikmati juadah yang ada di hadapan mata.
BAB
4
''Guys!
Tengok sini. Baru masuk dua tiga hari dah tunjuk belang dia dekat
kita. Dia tak kenal lagi kita sapa. Tengok style pun dah tau kau ni
girl yang macam mana la'' ejek Emir sambil ketawa bersama-sama dengan
teman-temannya yang lain memalukan April tanpa rasa bersalah di
hadapan umum. ''Girl macam mana tu bro? Cuba kau habaq mai kat kita
orang suma'' tambah Aniq teman Emir untuk memalukan lagi April depan
orang ramai. April hanya tunduk tenang menghabiskan saki baki makanan
yang tinggal di dalam pinggan. Mira pula mula naik angin melihat
tingkah Emir dengan konco-konconya memalukan April. Mira sedia maklum
kenapa Emir membuat sedemikian kerana ingin membalas dendam tentang
insiden kelmarin semasa program orientasi. ''Korang jangan melampau
eh? Cuba la fikir perasaan orang lain. Ni tak,suka-suka korang je
nak malukan dia depan orang ramai. Kalau korang nak orang lain
respect korang as a seniors even as a human being,then respect others
first. Loser!'' marah Mira melepaskan rasa tidak puas hati dengan
perbuatan senior-senior mereka itu. April pula masih diam cuma
terkejut dengan sikap Mira sebentar tadi. Setahu April,Mira bukan
seorang yang panas baran dan kasar tingkah laku seperti dirinya.
Mungkin Mira terlalu marah dengan sikap Emir dan teman-temannya
sehingga menyebabkan dia bertindak sedemikian. Emir dan
Teman-temannya masih mentertawakan April dan Mira kerana niat mereka
hanyalah untuk melihat April melatah untuk bertegang urat dengan
mereka tetapi agenda mereka tidak menjadi kerana April hanya diam dan
tenang tidak melawan semula.
''Mira,dah
jom kita gerak. Kita ada banyak kerjakan nak susun semula jadual
kelas dan aktiviti harian sepanjang semester ni. Jangan layanlah
diorang ni semua'' kata April kepada sahabatnya itu sambil berlalu
pergi meninggalkan Emir and the gang. Emir agak terkejut dengan
tindak balas April kerana dia beranggapan April akan memarahinya
semula kerana telah dimalukan dikhalayak ramai tetapi sangkaanya
meleset apabila April hanya pergi begitu sahaja. Dia mula pelik
dengan sikap April. Dimalukan di hadapan umum tidak pula memberi
kesan kepada April jika hendak dibandingkan dengan kejadian tempoh
hari semasa dia memarahi April hanya di depan beberapa ahli kumpulan
sahaja. Tingkah laku April membuatkan Emir lebih mahu mendekati
dirinya dengan apa cara sekalipun. Tanpa mereka semua sedari,ada
sepasang mata redup sedang menyaksikan adegan memalukan itu dengan
rasa penuh simpati kepada si empunya tuan badan yang diperlakukan.
April
hanya mengelamun sambil mendengar ceramah percuma daripada Mira
diatas ketidakpuasan hatinya dengan sikap April tidak membela diri
dan berkeras dengan Emir tentang perkara tadi di kafe. ''Aku tak
paham betul dengan kau ni tau. Dah kena hamun macam tu sekalipun kau
boleh buat diam je,depan orang ramai pulak tu. Waktu dia marah kau
hari itu pandai pulak kau melawan balik. Kali ini tak pulak. Ishh,
sakit betul hati aku dengan dia la. Tak habis-hais nak tunjuk kuasa.
Dia ingat dia hensem kita nak la kat dia. Huh,simpang la'' bebel Mira
memarahi April kerana berdiam diri. ''Jangan benci sangat. Nanti
boleh jadi sayang sangat tau cik Mira'' seloroh April sambil ketawa
kecil untuk meredakan api amarah teman sebiliknya itu. Mira hanya
membuat muka cemberut mendengar lawak tak menjadi April pada rasa
hatinya.
Setibanya
di bilik,Mira terus mengambil wudhuk untuk menunaikan solat Zohor
manakala April duduk bersimpuh di katil sambil memikirkan perkara
yang berlaku selang beberapa minit yang lalu. ''apa agaknya niat
budak lelaki tu haa buat macam ni dekat aku. Apa salah au kat dia.
Tak kan sebab aku melawan cakap dia hari itu membuatkan dendam lelaki
itu seperti tiada penghujungnya'' monolog April seraya memikirkan
tentang tingkah Emir tidak habis-habis mencari hal dengan dirinya
sedangkan April baru seminggu berada di situ. April mengingati
pesanan keluarganya terutama makcik Ani emak yang dikasihinya agar
tidak menimbulkan apa-apa masalah dan hanya menumpukan sepenuh
perhatian kepada pelajaran membuatkan April malas mahu bertekak
dengan Emir dan teman-teman. Bagi April,diam tak bererti salah dan
kalah. April terus berlalu ke bilik air untuk mengambil wudhu selepas
melihat Mira telah usai menyempurnakan solat kepada Maha Pencipta
untuk melaksana tanggungjawabnya pula.
BAB
5
Danial
berasa sungguh tidak puas hati dengan sikap Emir dan kawan-kawannya
memalukan dua orang gadis itu di kafe semasa dia menjamu makan
tengahari tadi. Danial sedar Emir memang seorang pelajar yang kaya
raya dan menjadi rebutan ramai pelajar perempuan di USM ini tetapi
sikap Emir sangat melampaui batas. Emir tidak sepatutnya bersikap
sedemikian rupa dengan memalukan orang lain di hadapan umum apatah
lagi melibatkan kaum hawa yang lemah. Ternyata Emir tidak pernah
berubah dari dulu sehingga kini. Hanya tahu merendah-rendahkan orang
lain sahaja. Segala kelebihan yang dimiliki tidak dimanfaatkan dengan
sebaik-baiknya.
April
dan Mira masing-masing sibuk mengatur segala jadual pembelajaran
sepanjang semester satu ini. Mereka berazam agar memperoleh keputusan
yang sentiasa cemerlang dalam setiap peperiksaan dan kuiz yang
diadakan oleh pihak universiti.
Hari
pertama kuliah sangat memenatkan badan April. April teringat masa
zaman persekolahannya semasa di tingkatan enam,cikgu sering berkongsi
cerita mengenai kehidupannya di universiti yang sangat menyeronokkan.
April dan kawan sekelas tahu niat cikgu bercerita adalah untuk
menaikkan semangat mereka untuk terus berusaha agar mereka juga
berpeluang menjejakkan kaki di universiti kelak. Hari ini terbukti
bahawa kata-kata cikgunya dulu benar belaka dan dia juga telah
berjaya melanjutkan pelajarannya kini. April sangat bersyukur kerana
diberi peluang untuk mencapai impiannya lantas dia tekad untuk
berusaha sehabis daya mencapai kejayaan dan mengubah nasib keluarga
tercinta. April terus mengait angan-angan pada masa hadapan sehingga
terbit senyuman kecil dibibirnya.
''Assalamualaikum,awak
student barukan? Budak fakulti comm? Sorry tanya banyak-banyak''
sengeh Danial kepada April setelah menegur gadis itu dengan tanpa
henti. Danial mengambil keputusan untuk menegur April kerana dia
memerhati gadis itu hanya berjalan berseorangan selepas keluar dari
kuliahnya. Terkulat-kulat April memandang Danial kerana terkejut
disapa sedemikian. ''Ye,saya student baru dan ye saya jugak budak
comm. Mana tau saya budak comm?'' bidas April menjawab semua soalan
Danial seniornya di fakulti yang sama. Danial hanya tersenyum
mendengar suara April yang kasar itu. Danial boleh menilai bahawa
April bukan seorang perempuan yang sama seperti gadis-gadis lain yang
sibuk menjaga keterampilan secara berlebih-lebihan dengan niat untuk
menarik perhatian kaum adam semata-mata. April pada penilaiannya
hanya seorang gadis yang ringkas dan sempoi serta boleh dibawa
berunding dalam semua hal. Dengan bahasa yang lebih mudah,April
bukanlah gadis yang gedik. Itu adalah perkara yang paling penting!
Danial sibuk dengan monolog dalamannya sehingga dia lupa bahawa April
masih di hadapan dan merenung dirinya. ''Huii bang! Allahu termenung
pulak. Dah nak maghrib ni,tepi sikit saya nak jalan depan nak balik.
Kalau tunggu awak jawab soalan saya,sampai subuh la baru boleh sampai
hostel gamaknya'' sergah April kepada Danial kerana termenung macam
patung cendana di hadapannya. April sudah mula rimas dengan kelakuan
Danial yang sama seperti lembu gila merenung dirinya untuk dijadikan
makan malam. Danial hanya tersengih seperti kerang busuk setelah
diperlakukan sedemikian oleh April. ''budak ni memang jenis tak makan
saman la'' bisik Danial dengan dirinya sambil ketawa. Melihat Danial
yang masih tidak memberi apa-apa tindak balas walaupun telah
disergah,April pun terus angkat kaki dan blah. Danial terkejut
apabila April terus berlalu sahaja pergi. ''awak! Kejap-kejap.
Maaflah tadi saya termangu pulak bila tengok awak. Sebenarnya saya
nak tanya,awak nak masuk group study saya tak? Saya nak cari seorang
budak junior dari tahun satu ni macam awak. Freshie. Kalau awak rasa
berminat,bagitau saya okey. Like to remind u,every student here
should have a group study so it can makes your work more easier.
Assalamualaikum'' terang Danial dengan lebih jelas mengapa dia
menegur April sebentar tadi dan terus berlalu meninggalkan April
tanpa mendengar jawapan gadis itu. April memandang kelibat Danial
yang telah pergi meninggalkan dirinya sambil memikirkan tentang
tawaran yang diberikan.
## guys!! i made it..sila-ii la baca yerr..maybe banyak typo..maybe jugak tak sebab da buat semakan da ni..mungkin terlepas pandang kali..kalau CERPEN ni membosankan,,bagi tahu taw..kalau okey,,pun bagi tahu jugakk..hahaha..sebab bole la sambung balik kalau okey..if anything,,just let me now..i will improve my writing.. :)